Salam...
Persatuan NADIIA amat berbesar hati kerana telah dijemput untuk menghadiri Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran UiTM Johor dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Insan, Jabatan Perdana Menteri. Kursus ini dijalankan selama dua hari iaitu 3 hingga 4 April 2010 di Dewan Sri Peria, UiTM Johor.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Ustaz Ahmad Nawawi Bin Yaakob (Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam; CITU UiTM Segamat, Johor) kerana sudi menjemput kami dan memberi peluang kepada kami untuk mengikuti kursus ini. Banyak info serta pengetahuan yang dapat dipelajari sepanjang kursus ini dijalankan.
Kursus ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Adham Baba. Beliau merupakan ADUN Pasir Raja, Johor merangkap Naib Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan dan Pengerusi Universiti Kuala Lumpur.
Ceramah-ceramah serta forum disampaikan oleh jurulatih Yayasan Pembangunan Insan iaitu YBhg. Ust. Mohd. Fadzil Abu Kassim, YBhg. Kapt. (B) Dr. Shamsuddin Hj. Moner, YBhg. Ust. Long Bin Kechik, YBhg. Dr. Amini Amir Bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis, Sosial E2 (M) Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman iaitu YDH SAC 1 Dato' Hj Zamri Bin Yahya.
exco-exco NADIIA
bersama Prof. Madya Ustaz Ahmad Nawawi
Prof. Madya Hj Yusri Ismail
(Pemangku Pengarah Kampus UiTM Segamat)
YB Dato' Dr. Adham Baba
panel penceramah