24 June 2010

Kursus Pemantapan Kepimpinan


Salam...

Persatuan NADIIA amat berbesar hati kerana telah dijemput untuk menghadiri Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran UiTM Johor dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Insan, Jabatan Perdana Menteri. Kursus ini dijalankan selama dua hari iaitu 3 hingga 4 April 2010 di Dewan Sri Peria, UiTM Johor.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Ustaz Ahmad Nawawi Bin Yaakob (Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam; CITU UiTM Segamat, Johor) kerana sudi menjemput kami dan memberi peluang kepada kami untuk mengikuti kursus ini. Banyak info serta pengetahuan yang dapat dipelajari sepanjang kursus ini dijalankan.

Kursus ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Adham Baba. Beliau merupakan ADUN Pasir Raja, Johor merangkap Naib Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan dan Pengerusi Universiti Kuala Lumpur.

Ceramah-ceramah serta forum disampaikan oleh jurulatih Yayasan Pembangunan Insan iaitu YBhg. Ust. Mohd. Fadzil Abu Kassim, YBhg. Kapt. (B) Dr. Shamsuddin Hj. Moner, YBhg. Ust. Long Bin Kechik, YBhg. Dr. Amini Amir Bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis, Sosial E2 (M) Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman iaitu YDH SAC 1 Dato' Hj Zamri Bin Yahya.


exco-exco NADIIA


bersama Prof. Madya Ustaz Ahmad Nawawi








Prof. Madya Hj Yusri Ismail
(Pemangku Pengarah Kampus UiTM Segamat)


YB Dato' Dr. Adham Baba


panel penceramah



23 June 2010

NADIIA's Appreciation Nite


Salam...

Pada 26 Mac 2010 yang lalu, NADIIA telah menganjurkan majlis makan malam. Majlis itu dinamakan sebagai "NADIIA's Appreciation Nite". Majlis ini diadakan untuk menghargai pelajar-pelajar DIIA terutamanya pelajar Part 6. NADIIA menggunakan 4 musim sebagai tema.

Terdapat acara cabutan bertuah, persembahan dari pelajar serta pemilihan prince dan princess untuk memeriahkan lagi majlis. Hilmi Anwar dan Aina Safiah dinobatkan sebagai prince dan princess pada malam itu. Mereka diberikan gelaran Prince Caspian dan Snow White.

Prince Caspian


Snow White

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu dan pelajar yang sudi hadir. Di sini NADIIA selitkan beberapa gambar sepanjang majlis ini berlangsung. Have fun! ^_^


Hadiah & Sijil



Hiasan tema




Antara exco dan adhoc yang bertugas





Pendaftaran



Pengacara majlis



Bacaan doa sebelum memulakan majlis



Ucapan oleh ketua projek, YDP serta penasihat





Persembahan multimedia



Penyampaian hadiah dan sijil





Antara tetamu yang hadir








Menjamu selera











video


21 June 2010

OPKIM


Salam...

Pada 26 hingga 28 Februari 2010 yang lalu, NADIIA telah mengadakan satu program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Kami telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar bersama Sekolah Kebangsaan Masai. Seramai lebih kurang 300 orang murid dari Darjah 4 hingga Darjah 6 yang terlibat dalam program ini. Program ini telah diadakan di Ulu Tiram Indah Village, Johor Bahru.

Kami dari pihak NADIIA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama kepada kami. Diharapkan kami dapat bekerjasama lagi dengan pihak Sekolah Kebangsaan Masai di masa akan datang.

Selain itu, NADIIA juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah UiTM Johor iaitu Cik Wan Asmah Hanim (penasihat) dan Ustaz Ahmad Nawawi (penceramah jemputan) kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan exco, fasilitator dan adhoc yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan objektif program ini iaitu ingin membentuk peribadi pemimpin yang cemerlang. Gambar-gambar di bawah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sana.


Hari Pertama (26 Feb 2010)

Persediaan sebelum berangkat





Barang-barang yang hendak dibawa



Menunggu bas



Tiba di Tiram Indah Village



Banglo kami



Membuat persediaan untuk hari esok





Hari Kedua (27 Feb 2010)

Sesi Pendaftaran






Majlis Perasmian










Ice Breaking





LDK 1 (Jom Explore!)







LDK 2 (Hikayat Si Putam)






Rempuh Halangan













LDK 3 (Menuju Puncak)





Muhasabah Diri







Hari Ketiga (28 Feb 2010)

Senaman Pagi









Ceramah "Aku Pemimpin Hebat" oleh Ustaz Ahmad Nawawi





LDK 4 (Protected Seed)








Majlis Penutup
















Sesi Perpisahan







Diharapkan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Masai dapat memanfaatkan apa yang telah diperoleh sepanjang mengikuti program ini. Kami dari pihak NADIIA ingin mengucapkan kepada pelajar-pelajar SK Masai selamat berjaya di dalam apa jua bidang yang akan diceburi dan menjadi pemimpin yang cemerlang. We miss all of you! (^_^)