21 June 2010

OPKIM


Salam...

Pada 26 hingga 28 Februari 2010 yang lalu, NADIIA telah mengadakan satu program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Kami telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar bersama Sekolah Kebangsaan Masai. Seramai lebih kurang 300 orang murid dari Darjah 4 hingga Darjah 6 yang terlibat dalam program ini. Program ini telah diadakan di Ulu Tiram Indah Village, Johor Bahru.

Kami dari pihak NADIIA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama kepada kami. Diharapkan kami dapat bekerjasama lagi dengan pihak Sekolah Kebangsaan Masai di masa akan datang.

Selain itu, NADIIA juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah UiTM Johor iaitu Cik Wan Asmah Hanim (penasihat) dan Ustaz Ahmad Nawawi (penceramah jemputan) kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan exco, fasilitator dan adhoc yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan objektif program ini iaitu ingin membentuk peribadi pemimpin yang cemerlang. Gambar-gambar di bawah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sana.


Hari Pertama (26 Feb 2010)

Persediaan sebelum berangkat





Barang-barang yang hendak dibawa



Menunggu bas



Tiba di Tiram Indah Village



Banglo kami



Membuat persediaan untuk hari esok





Hari Kedua (27 Feb 2010)

Sesi Pendaftaran






Majlis Perasmian










Ice Breaking





LDK 1 (Jom Explore!)







LDK 2 (Hikayat Si Putam)






Rempuh Halangan













LDK 3 (Menuju Puncak)





Muhasabah Diri







Hari Ketiga (28 Feb 2010)

Senaman Pagi









Ceramah "Aku Pemimpin Hebat" oleh Ustaz Ahmad Nawawi





LDK 4 (Protected Seed)








Majlis Penutup
















Sesi Perpisahan







Diharapkan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Masai dapat memanfaatkan apa yang telah diperoleh sepanjang mengikuti program ini. Kami dari pihak NADIIA ingin mengucapkan kepada pelajar-pelajar SK Masai selamat berjaya di dalam apa jua bidang yang akan diceburi dan menjadi pemimpin yang cemerlang. We miss all of you! (^_^)


No comments:

Post a Comment