30 January 2010

JPP Sesi 2010/2011

Salam...

Baru-baru ini UiTM meriah dengan pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2010/2011. Kali ini pencalonan agak berbeza sedikit dari sebelum ini kerana mengikut fakulti. Bagi UiTM Johor, persaingan agak sengit kerana mereka (calon) bertanding untuk dua kampus iaitu kampus Segamat dan kampus Bandaraya.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat dua orang pelajar wanita semester 4 dari kursus DIIA yang telah bertanding bagi wakil fakulti pengurusan perniagaan iaitu Siti Khairunnissa bt Jamaludin dan Nordalila bt Dawod @ Daud.



Apa yang membanggakan, Siti Khairunnissa telah menang dalam pilihanraya JPP tersebut dengan mendapat undian sebanyak 648. Tahniah diucapkan! Diharapkan kemenangan ini dapat memberi seribu manfaat kepada anda serta pelajar UiTM Johor. (^_^)

Kepada Nordalila, walaupun anda tidak berjaya, tetapi anda telah melakukan sesuatu yang amat membanggakan sebagai pelajar DIIA kerana berani untuk mencuba. Jangan berputus asa dalam memperjuangkan manifesto anda iaitu keluar dari zon selesa!

Yuran NADIIA



Perhatian!

Semua pelajar Diploma Analisis

Pelaburan diwajibkan membayar

yuran NADIIA sebanyak RM10.

Yuran tersebut adalah untuk

Investment Week serta dinner.

Sila dapatkan resit sebagai bukti

bahawa anda telah membayar yuran.

Resit tersebut hendaklah dikepilkan

bersama ketika membuat validasi.

Kerjasama anda amat dihargai.


Terima kasih (^_^)



23 January 2010

AGM Nadiia Jan10 - Apr10

Salam...

Syukur alhamdulillah Annual General Meeting Nadiia berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya ada halangan yang mendatang seperti perubahan tempat dari LT ke SL...
AGM kali ini diselitkan dengan upacara pembubaran dan penyerahan kuasa exco lama kepada exco baru, pengenalan exco Nadiia 2010, bacaan ikrar oleh exco baru, pelancaran blog rasmi Nadiia serta pemberitahuan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penasihat Nadiia; Cik Wan Asma Hanim serta koordinator program; Encik Basharuddin Shah kerana hadir memberi sokongan kepada kami walaupun pada malam itu Encik Basharudin mempunyai urusan lain.

Terima kasih juga kepada Nissa dan Ilham yang sudi menjadi pengacara majlis pada malam itu serta semua pelajar DIIA yang hadir... (^_^)


menjalankan tugas



pelajar yang hadir



pengacara majlis



Encik Basharuddin Shah



Cik Wan Asma Hanim



mantan YDP; Akid



bacaan ikrar






20 January 2010

RALAT



Dimaklumkan bahawa tempat untuk

AGM NADIIA

telah ditukar kepada SL 004 - SL 007.


Segala kesulitan amat dikesali.


Harap maaf... (-_-")






Announcement!



Annual General Meeting (AGM) NADIIA


Tarikh: 21 Jan 2010
Hari: Khamis
Masa: 8.00 malam
Tempat: LT 1
Pakaian: Sopan mengikut sahsiah rupa diri

Semua pelajar Diploma In Investment Analysis diwajibkan hadir terutamanya pelajar part 1 dan part 2. Sila bawa kad merah kerana cop akan diberikan. Terima kasih. (^_^)


Interview Exco 2010

Salam...
Akhirnya selesai juga sesi temuduga exco baru.
Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang datang beri sokongan kepada Persatuan NADIIA.
Kepada sesiapa yang telah diterima sebagai exco NADIIA, tahniah!
Diharapkan anda dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Kepada yang tidak diterima, jangan berputus asa dan diharapkan anda terus memberi sokongan kepada NADIIA... (^_^)


bakal pemimpin


panel-panel penemu ramah



calon-calon exco

19 January 2010

BLOG RASMI NADIIA

SALAM..

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapatlah blog, dan emel rasmi NADIIA ini di tubuhkan.. Kami berharap blog serta emel yang baru di tubuhkan ini dapatlah memberi manfaat disamping merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar DIIA UiTM Segamat.

Kami juga berharap agar saluran ini menjadi wadah yang berguna untuk semua pelajar. Semua info akan dikongsi bersama-sama anda disini! =] Jom sertai komuniti kami! NADIIA boleh!

Anda semua terutamanya pelajar Diploma Analisis Pelaburan UiTM Johor dialu-alukan untuk memberi komen serta cadangan di blog ini supaya NADIIA lebih efektif di masa akan datang...
Sokongan anda merupakan tunggak kejayaan NADIIA...


Hubungi kami:
email : nadiia.uitmjohor@ymail.com
blogspot : nadiiasociety.blogspot.com