Syukur alhamdulillah Annual General Meeting Nadiia berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya ada halangan yang mendatang seperti perubahan tempat dari LT ke SL...
AGM kali ini diselitkan dengan upacara pembubaran dan penyerahan kuasa exco lama kepada exco baru, pengenalan exco Nadiia 2010, bacaan ikrar oleh exco baru, pelancaran blog rasmi Nadiia serta pemberitahuan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penasihat Nadiia; Cik Wan Asma Hanim serta koordinator program; Encik Basharuddin Shah kerana hadir memberi sokongan kepada kami walaupun pada malam itu Encik Basharudin mempunyai urusan lain.
Terima kasih juga kepada Nissa dan Ilham yang sudi menjadi pengacara majlis pada malam itu serta semua pelajar DIIA yang hadir... (^_^)
No comments:
Post a Comment